28/06/2014 - Saturday
SOALAN :
Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
JAWAPAN :
Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita
lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan
diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam
hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian
lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam
solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya
sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama
seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan
dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan
kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan
rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
SOALAN :
Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan
macam mana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat) ?
JAWAPAN :
Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan
tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan
berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat
solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat
Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika
kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang
lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan
sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya
dengan sebarang ibadah yang lain.
(USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)
My First Ramadhan
28/06/2014 - Saturday
1 Ramadhan 1435H (29 June 2014)
My first year of Ramadhan and onward after i've becoming a Muslim since after Awal Muharram 1435H (last year November 2013).
In Shaa Allah this Ramadhan will stimulate every one of us to be better Muslims through obligatory(wajib) and supererogatory(sunat) acts of worship. May every acts of worship improve us too.
Fasting isn't just refraining from eating and drinking, vain speech and foul language but it's also refraining from everything else that Allāh has forbidden.
"Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..." (al-Baqarah :185)

Salam Ramadhan Al-Mubarak !
Subscribe to:
Posts (Atom)